Kelas Typing Test (Pelajar Sekolah)
31 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas typing test untuk golongan pelajar pada 30 Mei 2018 yang lalu. Antara kebaikan dan kelebihan aktiviti tersebut ialah untuk menguji kepantasan dan kecekapan pelajar dalam membuat latihan typing test. Selain itu juga, antara kebaikan adalah untuk memupuk semangat pelajar sekolah untuk berkunjung ke Pusat Internet Kg Luak dan dalam masa sama adalah untuk mempromosi tentang Pusat Internet.
Antara aktiviti yang dijalankan, adalah tayangan video (Siber Buli) untuk tontonan para pelajar bagi menerapkan nilai – nilai murni dan penggunaan internet secara berhemah. Seramai 9 org pelajar telah Berjaya menamatkan kelas pada hari tersebut dengan jaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: